Tommy tak sabar bersaing rebut tempat

Sunday, December 3, 2017

Tommy tak sabar bersaing rebut tempat

Tommy tak sabar bersaing rebut tempat

PEMAIN sayap PJ Rangers, Tommy Mawat Bada berjanji akan menampilkan persembahan terbaik bagi mencuri tempat ke Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 pada 9 hingga 27 Januari ini, lapor MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY.

Menurutnya, peluang untuknya terpilih tetap terbuka luas walaupun terpaksa bersaing dengan beberapa pemain sedia ada yang pernah menyarung jersi negara dalam saingan Sukan Sea Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Saya sedar saya baru pertama kali dipanggil, tetapi ia bukan penghalang untuk saya terpilih senarai akhir.

"Saya  cuba buat terbaik dan biar Datuk Ong Kim Swee tentukan," katanya.

Pemain kelahiran Sarawak itu perlu bersaing dengan Matthew Davies, Syazwan Andik Ishak dan Syahmi Safari.

Selepas tiga minggu latihan tempatan di Wisma FAM, skuad B-22 kebangsaan akan terbang ke Mokpo, Korea Selatan 17 Disember untuk kem latihan pusat di sana selama 14 hari sehingga 30 Disember dan kemudian terbang terus ke Nanjing, China untuk kem latihan pusat terakhir selama lapan hari sehingga 6 Januari.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment