Berita palsu: Ghairah mahu jadi orang pertama
KUALA SELANGOR - Kecenderungan untuk menjadi juara adalah antara punca utama berlakunya penyebaran berita dan maklumat palsu melalui media sosial oleh sesetengah pihak dan individu.
Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Farush Khan Akbar Khan berkata, sesetengah pihak cuba menyampaikan maklumat dengan cepat tanpa pengesahan daripada pihak berkaitan tentang kesahihan sesuatu berita itu terlebih dahulu.
âPihak-pihak ini cuba nak jadi juara dalam menyebarkan sesuatu berita, kononnya merekalah orang pertama yang tahu pasal sesuatu maklumat itu tanpa memikirkan kesahihan dan akibatnya.
âSedangkan dalam Islam pun, seseorang yang mahu mempromosi dirinya dikira sesuatu yang tidak baik, tapi inilah yang berlaku hari ini,â katanya selepas Program Dialog Siswa, Fake News: Cabaran Media Sosial yang berlangsung di Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya, semalam.
Program tersebut juga menampilkan Pengarang Berita Harian, Veena Rusli dan Pensyarah Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Unisel, Ismail Hashim sebagai panel dan personaliti TV, Amin Iskandar sebagai moderator.
Mengulas mengenai perkara itu, Farush Khan memaklumkan penyebaran berita palsu masa kini bukan hanya berlaku di Malaysia, namun di seluruh dunia ini berikutan perkembangan teknologi semasa.
Data Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), katanya, menunjukkan hampir 70 kes penulisan berita palsu sedang disiasat dan lima kes sudah dirujuk ke mahkamah.
âNasihat saya, masyarakat perlu berhati-hati dalam penyebaran berita dan jangan berkongsi selagi tiada pengesahan,â katanya.
Beliau mengingatkan semua pihak berkaitan tidak membuat andaian sekiranya menerima maklumat tidak sah bagi mengelak berdepan tindakan undang-undang dan mengaibkan orang.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment