'Disahkan' mati, bayi baru lahir hampir dikebumi hidup-hidup
NEW DELHI: SEORANG bayi lelaki yang baru dilahirkan didapati masih hidup beberapa jam selepas disahkan mati oleh doktor.
Insiden mengejutkan itu dibuat keluarganya ketika dalam perjalanan ke tempat persemadian.
Doktor mengesahkan bayi itu, bersama kembar perempuannya, telah mati dalam kandungan selepas dua jam dilahirkan di Hospital Pakar Max, Khamis lalu.
Sebaik membuka beg plastik, mereka terkejut apabila mendapati bayi lelaki itu masih bernafas.
Bayi itu sedang menerima rawatan di sebuah pusat penjagaan di New Delhi, namun keluarganya tidak mengetahui sama ada bayi berkenaan akan hidup.
Sementara itu, kerajaan Delhi telah mengarahkan siasatan ke atas insiden itu yang disifatkan sebagai 'kecuaian jenayah' dan memberi jaminan tindakan tegas akan diambil.
sumber: astroawani

Namun, ketika dalam perjalanan ke tempat pembakaran mayat, ibu bapanya menyedari sesuatu yang 'bergerak' di dalam beg plastik yang mengandungi mayat kedua-dua bayi berkenaan.
Sebaik membuka beg plastik, mereka terkejut apabila mendapati bayi lelaki itu masih bernafas.
Bayi itu sedang menerima rawatan di sebuah pusat penjagaan di New Delhi, namun keluarganya tidak mengetahui sama ada bayi berkenaan akan hidup.
Sementara itu, kerajaan Delhi telah mengarahkan siasatan ke atas insiden itu yang disifatkan sebagai 'kecuaian jenayah' dan memberi jaminan tindakan tegas akan diambil.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment