Tidak hadir PAU 2017, ibu meninggal dunia
KOTA BHARU- âArwah sempat berpesan supaya meneruskan perjuangan dalam politik dan saya akan ikut wasiat itu,â kata Penyelaras Dun Jelawat, Bachok, Mohd Radzuan Hamat yang kehilangan ibu tercinta, awal pagi, hari ini.
Ibunya, Allahyarham Fatimah Deraman berusia lebih 100 tahun meninggal akibat sakit tua dan tenat sejak seminggu lalu.
âSemalam lagi saya nampak ibu tenat dan sebagai langkah persediaan, saya membuat keputusan menangguhkan dulu hasrat untuk menghadiri Perhimpunan Agong Umno 2017 (PAU 2017).
âAlhamdulillah, keputusan ini tepat dan saya akan tingkatkan usaha membantu rakyat selepas ini ,â katanya, ketika ditemui di kediaman ibunya di Kampung Lubuk Kuin, Gunong, Bachok, hari ini.
Mohd Radzuan berkata, adik-beradik sangat rapat dengan arwah ibu, tambahan pula beliau merupakan anak bongsu daripada enam beradik, selalu merujuk Allahyarham supaya memohon doa kejayaannya.
âSekarang, ibu telah tiada⦠dan saya perlu penuhi permintaan terakhirnya untuk terus berjuang dalam parti Umno.
âArwah sangat baik dengan orang kampung (dipanggil Mok Aji), gemar berbakti, jadi beliau amat berharap saya meneruskan usaha membantu penduduk sekitar,â katanya.
Mohd Radzuan juga berkata, beliau tidak dapat hadir ke majlis rasmi itu dan sepatutnya pergi ke Kuala Lumpur sejak malam tadi, tetapi membatalkan niat tersebut.
Beliau turut berterima kasih kepada mereka yang hadir menziarahi keluarganya dan memohon doa Al-Fatihah untuk Allahyarham ibunya, serta menjemput orang ramai turut sama bertahlil selama tujuh malam bermula malam ini.
Jenazah Allahyarham ibu Mohd Radzuan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tepus, Gunong, kira-kira jam 2 petang hari ini.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment