Ketepikan pemilihan parti, fokus PRU

Tuesday, December 5, 2017

Ketepikan pemilihan parti, fokus PRU

Ketepikan pemilihan parti, fokus PRU

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO digesa mengetepikan isu pemilihan dalaman parti dan memberi tumpuan sepenuhnya pada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata itu adalah saranan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, ketika Majlis Taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Katanya, gesaan itu perlu dipatuhi ahli UMNO, khususnya pemimpin di peringkat bahagian, cawangan dan akar umbi bagi membolehkan UMNO menang besar pada PRU-14.

"Yang penting adalah kita nak mandat besar pada PRU-14. Kita mampu lakukannya dan untuk membolehkan UMNO menang, kita kena fokus dan ketepikan soal lain seperti pemilihan dalam dan sebagainya.

"Untuk membolehkan kita lebih banyak membantu rakyat, kita memerlukan mandat besar daripada rakyat.

"Sebab itu, perhimpunan kali ini harus memperlihatkan kepada rakyat kita adalah parti paling relevan dan kuat...dan harus terus menjadi pilihan rakyat.

"Dalam berpolitik, apa sekali pun kita mahu menang PRU. Saya harap apa juga cadangan dan pandangan dibuat perwakilan pada PAU kali ini mesti menjurus ke arah itu dan harap tidak menimbulkan perkara sensitif yang mungkin mengganggu usaha kita berhadapan rakyat," katanya.

Ditanya sama ada Najib ada menyentuh mengenai aspek pemilihan calon dalam ucapannya, Shamsul Anuar berkata, setiap ahli UMNO perlu berlapang dada terhadap sesiapa saja yang dipilih menjadi calon pada PRU-14.

"Yang penting, jika mahu menang PRU, kita harus berlapang dada kepada sesiapa juga yang diberi amanah dan mereka yang dipilih mewakili parti wajib menang," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment