Terharu Econsave hulur sumbangan

Wednesday, December 27, 2017

Terharu Econsave hulur sumbangan

Terharu Econsave hulur sumbangan

BALING - Kebuntuan pasangan suami isteri menyediakan keperluan persekolahan dua anak mereka selepas menggadai barang kemas untuk memperbaiki rumah usang mendapat perhatian Econsave Bandar Puteri Sungai Petani, hari ini.

Pengurus Econsave Wilayah Utara, Zamzuri Mansor berkata, pasangan itu menerima baucar membeli-belah bernilai RM1,000 daripada Econsave untuk membeli kelengkapan sekolah dan keperluan makanan di pasar raya berkenaan.

“Nasib pasangan ini diketahui Econsave selepas membaca kisah mereka di Sinar Harian. Setahu saya, Sinar Harian dekat di hati pembaca kerana sering memaparkan kesusahan masyarakat.

“Justeru, kita melalui dana Econsave Prihatin 2017 tampil membantu meringankan keluarga ini. Pada hari ini mereka menerima baucar RM1,000 untuk dibelanjakan di sini,” katanya kepada pemberita di Econsave Bandar Puteri Jaya.

Zamzuri berkata, Econsave dengan konsep 'Rezeki Dikongsi Bersama' akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada pelanggan mereka.

“Kita tiada had untuk sampaikan bantuan, setiap wang ringgit pelanggan sebenarnya akan pulang semula kepada mereka,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment