SIC terima Anugerah Dorna
GRAND Prix (GP) Motosikal Malaysia 2017 yang mencatat jumlah kehadiran penonton yang memberangsangkan dipilih oleh Dorna untuk menerima anugerah Kejohanan MotoGP terbaik tahun ini.
Dianjur dan dipromosikan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 27-29 Oktober lalu, GP Malaysia menjadi perlumbaan ke-17 daripada 18 pusingan dalam kalendar kejuaraan dunia, yang berakhir dengan GP Valencia di Sepanyol.
âSaya baru terima surat yang mengatakan SIC dipilih terbaik tahun ini. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada FIM, Dorna dan ini satu berita baik untuk Malaysia.
âSaya juga ingin berterima kasih kepada seluruh pasukan SIC atas sumbangan dan dedikasi berpanjangan mereka ke arah perlumbaan ini,â katanya Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali.
Untuk rekod, ini kali kedua SIC menerima anugerah selepas kali pertama meraihnya pada tahun 2012.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment