Sebagai teman baik Izreen Azminda, Rita Rudaini berpendapat tindakan rakannya menikahi suami orang tidak salah kerana beliau berkongsi suami dan tidak merampas suami orang lain. Dalam hal ini, Rita meminta peminat tidak lagi mengkritik tindakan Izreen kerana itu adalah jodoh yang sudah tersurat.

BACA: Izreen Azminda: Suami Minta Rahsiakan Perkahwinan


Tidak dinafikan agak kecoh berita perkahwinan Izreen diperkatakan minggu ini. Selain caci maki dilemparkan di laman sosial Izreen, Rita turut menerima tempias serangan peminat yang tidak berpuas hati.

รข€œTolong jangan menyerang saya di laman sosial kerana perkahwinan dia. Saya tidak masuk campur keputusan Izreen memilih untuk berkahwin dengan suami orang. Saya ada beri nasihat, jangan rampas hak orang lain. Tetapi keadaan sekarang Izreen bermadu, tidak merampas suami orang”

“Jika dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dengan baik, kita sendiri tidak perlulah mengutuk atau menghamun beliau kerana itu adalah jodoh yang telah tersurat buat dirinya,” jelasnya kepada portal Astro Awani.


Sebelum ini, Izreen telah mengumumkan sudah bernikah dengan seorang pemuzik bebas, Ude yang mempunyai isteri dan dua anak pada 8 Ogos lalu. Khabarnya pernikahan itu hanya diketahui isteri pertam pada dua minggu lalu. (rtky/w)