Temui bapa tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki

Sunday, December 3, 2017

Temui bapa tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki

Temui bapa tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki

TAIPING - Niat seorang anak bersama bapanya ingin bersenam di Kawasan Bukit Mas, di sini bertukar tragedi apabila dia menemui bapanya terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang semalam itu, mangsa dikenali sebagai Ooi Chin Lean, 63, berasal dari Taman Bukit Mas, di sini disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, difahamkan kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa bersama anak lelakinya, Ooi Jiunn Chyuan, 32, secara bersama ingin berjalan kaki  naik ke kawasan Bukit Mas.

Menurutnya, semasa menuruni bukit, anak mangsa telah mendahuli, namun tidak lama kemudian menyedari bahawa bapanya tidak berada di belakang.

"Kerana bimbang keselamatan bapanya, anak mangsa kemudian berpatah balik naik semula ke atas dan sejurus kemudian terlihat bapanya telah terbaring di laluan pejalan kaki," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Razlam berkata, anak mangsa kemudiannya cuba mengejutkan bapanya, namun tetap tidak sedarkan diri.

"Anak mangsa kemudian segera pulang ke rumah memaklumkan kepada ibunya termasuk menghubungi ambulans untuk tindakan selanjutnya.

"Sebaik pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian, disahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia," katanya.

Tambah Razlam, mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan didapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Malah hasil bedah siasat juga mendapati kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment