Demi RM500, sanggup menyamar jadi mangsa banjir
KOTA BHARU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengesan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mendaftar sebagai mangsa banjir untuk mendapatkan wang ihsan RM500.
Timbalan menterinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata pihaknya sukar untuk mengesan memandangkan status sebenar mangsa banjir di Pusat-Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah terlalu ramai.
Bagi perkembangan banjir Jazlan turut mengingatkan penduduk di Kelantan dan di kawasan terlibat supaya bersedia untuk menghadapi gelombang kedua kerana kebiasaannya Kelantan dilanda banjir lebih daripada sekali.
sumber: astroawani

"Saya dapat berita orang tak layak telah daftar di pusat pemindahan untuk dapat sumbangan. Jangan kita pergi daftar lepas tu tak duduk di Pusat Pemindahan sedangkan rumah kita air lalu sahaja depan rumah dan belum tenggelam. Tapi kerana nak dapatkan bantuan maka kita daftar sebagai mangsa," katanya.
Bagi perkembangan banjir Jazlan turut mengingatkan penduduk di Kelantan dan di kawasan terlibat supaya bersedia untuk menghadapi gelombang kedua kerana kebiasaannya Kelantan dilanda banjir lebih daripada sekali.
sumber: astroawani
0 comments:
Post a Comment