Program Back to School bantu anak penoreh
BALING - Kejatuhan harga getah termasuk cuaca tidak menentu menarik kehadiran Northern Versy Ownerâs Group (NVOG) Bikers di Kampung Lanai bagi mengagihkan bantuan kepada 60 penoreh getah termasuk anak-anak mereka menerusi Program Back to School, baru-baru ini.
Ketua NVOG Baling dan Sik, Mohd Tamizi Nadzir berkata, golongan berpendapatan rendah khusus penoreh terbeban dalam menguruskan persekolahan bagi tahun hadapan.
Menurutnya, sumbangan diberikan hasil kutipan wang daripada ahli NVOG dan korporat.
âNVOG terpanggil untuk beri bantuan kepada 60 penerima termasuk pelajar bagi meringankan beban golongan penoreh yang terjejas dengan kejatuhan harga getah.
âKita difahamkan tanaman komoditi itu kini diparas RM2.10 bagi sekilogram getah sekerap,â katanya.
Mohd Tamizi berkata, setiap pelajar menerima pakaian sekolah yang lengkap, manakala waris diberikan barangan dapur termasuk wang tunai.
Tambahnya, pelajar turut diberikan suntikan motivasi supaya lebih bersedia menghadapi alam persekolahan akan datang.
âMereka diberikan suntikan motivasi bagi menghadapi persekolahan tahun depan. Ahli NVOG dan korporat turut menekankan bab solat dan doa.
âMudah-mudahan tahun depan ada lagi rezeki lebih untuk kita agihkan kepada golongan memerlukan,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment