KLOSA lancar album sulung lagu bahasa Dusun

Tuesday, December 5, 2017

KLOSA lancar album sulung lagu bahasa Dusun

KLOSA lancar album sulung lagu bahasa Dusun

TUARAN: Persatuan Komulakan Lotud Sabah (KLOSA) maju selangkah dengan pelancaran album sulung mengandungi 10 lagu dalam bahasa Dusun Lotud bertajuk Pimbandak karya beberapa pengubah lagu etnik itu.

Pelancaran album itu disempurnakan Penaung KLOSA, Datin Juliah Salag yang juga isteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor sempena Pesta Bojumbak KLOSA, di Linangkit Cultural Village, Kampung Selupoh, di sini, baru-baru ini.

Presiden KLOSA, Peter Lintar, berkata album pimbandak adalah usahasama KLOSA dengan empat pemuda Lotud sebagai penyanyi iaitu beliau sendiri, Andywind Tombung, Justine Celestine L dan Jeffrin Ungkak S.

"Lagu Dusun yang ada dalam album itu ialah pimbandak, adau pinikagasan, pisuaian, koiab undu-unduku, bulawan om tambaga, guli noh, gompi nuh, moupus oku,milikili dan adau minggu id Tuaran.

"Kemunculan album pimbandak adalah kejayaan KLOSA menembusi dunia hiburan tempatan, selain sebagai pendekatan awal memelihara seni budaya etnik itu untuk tatapan generasi akan datang," katanya kepada BH.

Peter berkata, album berbentuk cakera padat itu boleh diperoleh di Linangkit Cultural Village, Kampung Selupoh.

Sehubungan itu, beliau berharap kemunculan album lagu Lotud itu mendapat perhatian serta sambutan masyarakat terutama di kalangan etnik Lotud, yang wajar disimpan sebagai khazanah.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment