Pisah 'kepala' selamatkan penumpang
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/aketapikluang1.transformed_2.jpg)
KLUANG: Enjin sebuah kereta api yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Gemas, terbakar di Kilometer 1 Jalan Renggam-Kluang, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, tiada penumpang mahu pun kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang cedera.
Jurucakap bomba berkata, kebakaran berkenaan hanya membabitkan bahagian enjin dan tidak merebak ke gerabak lain.
"Kebakaran hanya membabitkan enjin di kepala gerabak KTMB Megat Terawih 24125.
"Jarak antara enjin kereta api terbakar dengan gerabak lain yang diduduki penumpang adalah kira-kira 300 meter.
"Tindakan pantas memisahkan kepala enjin yang sedang terbakar itu dengan gerabak lain di Stesen KTM Kluang menghalang api daripada merebak ke kawasan penumpang.
"Kebakaran berjaya dipadamkan di Stesen KTM Kluang kira-kira 35 minit kemudian, " katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, mengesahkan kejadian berkenaan.
"Setakat ini pihak KTMB masih belum membuat laporan polis mengenai kejadian itu," katanya.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment