Suo Kuen bersara sebagai atlet bola jaring
SELEPAS hampir 15 tahun berkecimpung dalam arena sukan, akhirnya pemain bola jaring negara Yap Suo Kuen mengambil keputusan untuk bersara sebagai atlet dan mencuba nasib menjadi jurulatih.
Suo Kuen, yang turut mengharumkan nama negara dengan meraih pingat emas pada Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos lepas, berkata KL2017 merupakan penampilan terakhirnya dalam sukan bola jaring.
âSukan SEA baru-baru ini secara rasminya penampilan terakhir saya...saya gembira kerana bersara selepas mengharumkan nama negara. Ia merupakan pencapaian peribadi yang telah berjaya dipenuhi.
âSaya kini menunggu untuk mengikuti kursus sebagai jurulatih,âkata pemain pertahanan sayap (WD) itu kepada pemberita pada majlis skuad bola jaring kebangsaan bertemu peminat di Stadium Juara, Bukit Jalil.
Suo Kuen yang juga pegawai sukan di Majlis Sukan Negara berkata antara sebab beliau bersara adalah kerana usianya yang semakin meningkat selain memberi peluang kepada pemain muda menyertai skuad kebangsaan.
Untuk rekod, Malaysia muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia 2016 di Bangkok, Thailand sekali gus menamatkan kemarau 31 tahun merangkul kejuaraan di peringkat benua itu, disusuli dengan pencapaian pingat emas Sukan SEA 2017. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment