Padah rompak kedai serbaneka

Monday, December 4, 2017

Padah rompak kedai serbaneka

Padah rompak kedai serbaneka

KUALA TERENGGANU - Padah merompak kedai serbaneka 7 Eleven di Padang Midin, di sini, seorang pemuda dijatuhi hukuman empat tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas tertuduh, Syahrul Badrullah Jamaludin, 24, mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan.

Tertuduh mengaku salah merompak pekerja yang sedang bertugas di kedai serbaneka tersebut, Hazrul Najmie Mohd Zaki, 20, dan mengambil wang tunai sebanyak RM48, dalam kejadian kira-kira jam 11.12 pagi, pada 4 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Hasil siasatan awal, mangsa yang sedang bekerja di kedai serbaneka terbabit memaklumkan didatangi seorang lelaki yang memakai topi keledar sambil mengangkat baju nya serta menunjukkan sebilah pisau yang berada di perutnya.

Kemudian lelaki itu meminta wang dan disebabkan takut mangsa menyerahkan wang yang ada sebelum dia melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment