Lampu isyarat kurangkan kesesakan di Jalan Pudu
KUALA LUMPUR: Idaman Robertson Sdn Bhd, anak syarikat Gamuda Land akan melaksanakan penyalaan sistem lampu isyarat lalu lintas di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Robertson bermula jam 10.30 pagi, Isnin ini.
Menurut kenyataan media Gamuda Land, lampu isyarat dipasang di hadapan Hospital Tong Shin bagi memudahkan laluan keluar masuk trafik ke The Robertson Residences, Sekolah Menengah Stella Maris dan Gereja St Anthony.
"Gamuda Land turut menaik taraf laluan pejalan kaki di Jalan Pudu dengan membina jejantas dan laluan berbumbung.
"Laluan jalan raya di Jalan Robertson turut dilebarkan kepada empat lorong dan dilengkapi lampu isyarat yang ditempatkan di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Robertson," katanya.
Dengan adanya sistem lampu isyarat lalu lintas itu, ia akan membantu mengurangkan kesesakan di sepanjang Jalan Pudu.
Pemandu sehubungan itu, diminta berhati-hati dan mematuhi sistem lampu isyarat yang akan dinyalakan di lokasi berkenaan.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment