Menyedari namanya disebut dalam Perhimpunan Agung Umno 2017 (PAU) selepas diselar oleh Exco Umno, Dira Abu Zahar, Fathia Latiff dengan bersahaja membalas, beliau tetap dengan pendirian tersebut dan mempunyai hak untuk bersuara walau apa medium sekalipun digunakannya.

BACA: Fathia Latiff Mahu Peluang Temubual Najib Razak


Semalam video ucapan Dira yang juga seorang pelakon suatu ketika dulu, mulai viral apabila beliau mengecam tindakan Fathia yang memandai bersuara mengenai isu politik. Menurut Dira, Fathia tidak perlu menyibuk dalam urusan politik tetapi perbetulkan dulu kehidupan dan lakonannya.

Ucapan Dira juga ada menyebut, jika Fathia ingin bersuara sebagai rakyat Malaysia, ikutlah saluran yang betul dan tidak menjadi ‘keyboard warrior’ semata di depan telefon. Ramai mula berkongsi video terbabit, ada yang menyokong Fathia, ada juga yang menyokong Dira.

Manakala menerusi laman Twitter, Fathia tenang membalas kritikan pelakon senior itu yang kini aktif dalam bidang politik. Menurut Fathia, Dira dan beliau punya hak sama rata untuk bersuara, jadi tidak salah rasanya beliau terus bersuara menggunakan media sosial.


Bagi anda yang membaca dan menonton video tersebut, buatlah penilaian sendiri. Keduanya punya pendapat tersendiri dan kuasa sebagai rakyat Malaysia untuk bersuara. Tetapi berlainan pendapat, tidak semestinya bermusuhan, harapnya Dira dan Fathia baik-baik saja. (rtky/w)