KPM kena campur tangan selesai isu

Wednesday, December 6, 2017

KPM kena campur tangan selesai isu

KPM kena campur tangan selesai isu

SEREMBAN â€" Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa supaya campur tangan dalam menangani isu kenaikan harga tambang bas sekolah dengan menyelaraskan waktu balik persekolahan.

Setiausaha Persatuan Pengusaha - Pengusaha Bas Sekolah Seremban, Mahadi Abd Rahim berkata, campur tangan KPM sangat diharapkan bagi membolehkan semua sekolah melepaskan pelajar mereka pada waktu balik yang sama.

Katanya, ketika ini ramai pengusaha bas sekolah terpaksa membuat kerja dua kali dengan berulang-alik di sekolah yang sama untuk mengambil pelajar yang balik lewat.

“Ada di antara penguasaha bas terpaksa membuat kerja dua kali, ulang-alik ke sekolah yang sama untuk ambil pelajar yang balik lewat, terutamanya murid tahun enam, tingkatan tiga dan lima, mereka ini tidak selaras keluar sekolah.

“Ada sekolah yang balik 1.30 petang, 2.45 petang dan ada yang balik lewat sampai 3.30 petang, kita sebagai pengusaha bas jadi terkejar-kejar untuk hantar dan ambil pelajar yang keluar lewat, sekarang ini macam-macam perkara boleh berlaku kalau kita datang lambat ke sekolah jemput mereka.

“Tetapi jika diselaraskan waktu balik sekolah dengan waktu yang sama, kita dapat lakukan dengan lebih baik, terutamanya dapat jimatkan petrol, tenaga dan juga waktu,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Mahadi memberitahu, kenaikan harga tambang bas sekolah antara RM10 sehingga RM20 yang dijangka berlaku bagi sesi persekolahan tahun depan, hanya akan membebankan ibu bapa.

Katanya, dia tidak menafikan kos operasi kini semakin meningkat, ditambah pula dengan kenaikan harga alat ganti dan kos penyelenggaraan setiap tahun, namun menaikkan harga tambang itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh pengusaha bas sekolah.

“Masalah hanya dapat diselesaikan sementara sahaja, jika harga minyak petrol dan diesel naik lagi, adakah kita akan terus menaikkan harga tambang bas sekolah lagi? Itu hanya akan mendatangkan kemarahan ibu bapa sahaja,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment