Trump hancurkan kredibiliti AS - Palestin

Wednesday, December 6, 2017

Trump hancurkan kredibiliti AS - Palestin


PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump telah memusnahkan kredibiliti negaranya sebagai pihak yang membawa keamanan di Timur Tengah.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata demikian menerusi televisyen sambil menegaskan keputusan Trump itu adalah untuk mencetuskan konflik di rantau itu kepada perang agama.

Donald Trump pada Rabu mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

BACA: Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

BACA: Suara dari Tel Aviv: Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, AS cari pasal


Dengan pengiktirafan tuntutan Israel terhadap Baitulmaqdis, Trump dilihat sebagai berpihak kepada Israel dalam isu sensitif dalam konflik itu,

Abbas memaklumkan, pimpinan Palestin akan bertemu dengan pimpinan negara Arab yang lain pada hari-hari akan datang dalam menentukan respon terhadap isu ini.




sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment