Kim Jong-un dicalon untuk kulit majalah Time

Tuesday, December 5, 2017

Kim Jong-un dicalon untuk kulit majalah Time

Kim Jong-un dicalon untuk kulit majalah Time

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pemimpin rejim Korea Utara, Kim Jong-un dinamakan antara individu yang akan menghiasi muka hadapan majalah Time, tahun ini.

Selain Jong Un, laporan CNN juga menyebut penasihat kumpulan yang menyiasat kaitan kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan Rusia, Robert Mueller sebagai calon untuk kulit majalah.

Kempen #MeToo yang memperjuangkan hak-hak wanita yang pernah diserang secara seksual juga mendapat pencalonan.

Selain itu, 'Dreamers' iaitu golongan anak-anak imigran tanpa dokumen yang mempunyai status sah sebagai rakyat AS juga mungkin menghiasi muka hadapan majalah Time.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman yang menggegarkan Timur Tengah dengan janji untuk 'mewujudkan Islam sederhana' dan menjalankan kempen anti-korupsi terhadap kerabat dan pegawai kerajaan Arab Saudi juga dicalonkan.

Selain itu, salah seorang pemimpin berpengaruh dunia, Presiden China, Xi Jinping juga dinamakan sebagai Calon.

CEO Amazon, Jeff Bezos yang digelar sebagai individu paling kaya di planet Bumi juga mendapat pencalonan.

Seorang lagi calon pula telah memberikan khidmat cemerlang di bidang sukan iaitu pemain ragbi AS Colin Kaepernick.

engarah filem pecah panggung 'Wonder Woman' iaitu Patty Jenkins mendapat penghargaan sebagai calon.

Akhir sekali, Presiden AS, Donald Trump yang mendakwa kononnya menolak pencalonan Time melalui Twitter sebelum ini juga dicalonkan

[ARTIKEL BERKAITAN: Trump dianggap 'perasan', dicemuh pengguna Twitter]

Majalah Time yang sentiasa memilih individu berpengaruh sebagai pengias kulit majalahnya pernah memilih pemimpin rejim Nazi Adolf Hitler, pemimpin Syiah Ayatollah Khomeini, ikon India Mahatma Gandhi dan pemimpin Roman Katolik, Pope Francis.

Individu yang akan menghiasi kulit majalah Time akan diumumkan pagi Rabu.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment