Kerajaan harus ambil alih langkah berani

Wednesday, December 27, 2017

Kerajaan harus ambil alih langkah berani

Kerajaan harus ambil alih langkah berani

BINA Darulaman Berhad (BDB) meminta kerajaan mengambil langkah berani untuk menangani isu perumahan mampu milik di Malaysia.

Pengarah urusan kumpulan BDB Datuk Izham Yusoff berkata negara boleh mencontohi bagaimana Singapura menangani masalah perumahan mampu milik melalui Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

“Isu perumahan ini besar, bukan sahaja di Kedah, tetapi di seluruh negara. Perumahan mampu milik sentiasa  menjadi isu,” kata beliau ketika berucap pada BDB Media Night KL di sini hari ini.

HDB yang ditubuhkan pada 1 Februari, 1960, ialah lembaga berkanun Kementerian Pembangunan Negara Singapura yang bertanggungjawab bagi perumahan awam di republik itu.

Izham berkata BDB sebagai pemaju yang berpusat di Kedah, cuba membantu untuk mengurangkan kos hartanahnya melalui penggunaan teknologi Sistem Bangunan Berindustri  (IBS).

Kira-kira 150 pengamal media diraikan pada majlis itu yang bertemakan hitam dan putih.

Pengamal media juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah dan menikmati persembahan secara langsung oleh artis tempatan, Wany Hasrita. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment