Ibu dedah anak cabul 50 kanak-kanak
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita sanggup membuat laporan polis pada jam 3 pagi Sabtu lalu selepas mendapat tahu anaknya telah mencabul dua kanak-kanak.
Menurut laporan CNN, selepas ditahan polis, Joseph Boston, 18 mengaku telah melakukan perkara yang lebih dahsyat.
Boston mengaku dia bukan sahaja menyerang kanak-kanak berusia empat dan lapan tahun secara seksual di sebuah motel, beliau juga mengaku telah mencabul sehingga 50 mangsa.
Polis mengatakan Boston telah melakukan kegiatan berkenaan sejak dia berusia 10 tahun.
Dalam kes cabul Jumaat lalu, Boston menyewa bilik motel di Riverside dan mencabul kedua-dua mangsa yang merupakan penghuni di motel tersebut.
"Beberapa jam kemudian, suspek menelefon ibunya sendiri dan membuat pengakuan," kata laporan media tempatan.
Ibu suspek kemudian membawa Boston ke balai polis Riverside dan mahu menyerahkan anaknya atas tuduhan mencabul.
Boston kini menghadapi dua tuduhan melakukan hubungan seks oral dengan kanak-kanak berusia bawah 10 tahun dan kini ditahan di pusat tahanan Robert Presley.
Polis menetapkan kos jaminan AS$1 juta (RM4 juta) untuk suspek.
Boston yang masih belum diwakili peguam akan mula dibicarakan esok.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment