Harga petrol turun, diesel naik

Wednesday, December 27, 2017

Harga petrol turun, diesel naik

Harga petrol turun, diesel naik

 

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol bagi tempoh 28 Disember hingga 3 Januari 2018, turun satu sen seliter, manakala diesel pula naik tiga sen.

Harga runcit RON95 turun kepada RM2.26 seliter berbanding RM2.27 seliter, manakala RON97 ialah RM2.53 seliter berbanding RM2.54 seliter.

Harga bagi diesel pula naik kepada RM2.26 seliter, berbanding RM2.23 seliter.

Harga baharu itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Twitter rasminya, hari ini.

Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun ini.

Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment