Eksport air mani lembu tenusu ke Malaysia, Uganda
KOPERASI Pertanian Korea Selatan pada Rabu berkata ia telah mengeksport air mani lembu tenusu ke Malaysia dan Uganda untuk permanian berhadas, lapor agensi berita Korea Selatan.
Kumpulan Agroperniagaan NongHyup di bawah Persekutuan Koperasi Pertanian Nasional, dikenali sebagai Nonghyup, berkata ia telah menghantar sejumlah 1,500 unit air mani ke Malaysia dan 5,000 unit ke Uganda.
Nonghyup berkata ini merupakan kali pertama Korea Selatan menghantar produk itu ke negara Asia Tenggara.
Persekutuan itu berkata ia telah mengeksport produk yang sama ke Uganda selama empat tahun berturut-turut.
Projek terbaharu itu merintis jalan kepada industri tenusu Korea Selatan untuk meneroka lebih jauh ke dalam pasaran Asia Tenggara ketika kerajaan Malaysia berusaha memperluas pengeluaran produk tenusu.
Sementara itu, Pusat Penambahbaikan Lembu Tenusu di bawah Nonghyup berkata produktiviti lembu tenusu Korea adalah tiga kali lebih tinggi berbanding lembu Malaysia, dan mendakwa projek tersebut berupaya menyokong industri tenusu Malaysia. - Bernama
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment