PKR terbuka terima kemasukan ahli baharu
SHAH ALAM - PKR sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana individu yang ingin menyertai parti tersebut.
Naib Presidennya, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, mereka yang ingin menyertai parti itu perlu menghayati prinsip perjuangan PKR dan reformasi institusi negara yang diusahakan sejak awal penubuhan.
âSaya fikir tiada ada masalah untuk menerima sesiapa sahaja,â katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ditanya mengenai desas-desus Adun Pas Selangor akan menyertai PKR, Shamsul berkata, jika tiada angin masakan pokok bergoyang dan ia adalah gambaran sesuai mengenai perkara tersebut.
âWalaupun ada penafian, saya fikir kita mestu beri komen berdasarkan fakta. Kalau ada keseriusan ke arah itu, kami alu-alukan.
âKalau tidak ada, kita boleh berbincang dengan pendekatan lain dan paling penting kesemua pihak yang mempunyai idealisme menggantikan BN, kita boleh bersepakat dalam banyak hal,â katanya.
Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan parti tersebut yakin dengan kesetiaan semua wakil rakyat dan pemimpinnya di Selangor yang tidak mudah melatah, apatah lagi melompat ke parti lain termasuk PKR.
Menurutnya, dakwaan ada pemimpin dan adun Pas Selangor akan menyertai PKR sekadar khabar angin yang sengaja digembar-gemburkan pihak lawan terdesak untuk mendapat sokongan rakyat negeri itu menjelang PRU14.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment