'Melayu mudah lupa, Tun M kata diri sendiri'
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh warga Umno supaya tidak sesekali menjadi Melayu yang mudah lupa.
"Tidak menjadi seperti Mahathir (bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad). Dulu, di pentas ini, beliau mengingatkan kita bahawa, Melayu Mudah Lupa.
"Namun pada kita, 'this man has crossed the line', apabila tergamak bersubahat dan bersekutu, dengan âmusuh politikâ dan âmusuh prinsipâ beliau selama puluhan tahun yang lalu. Hanya untuk memenuhi tembolok agenda kepentingan peribadi dan keluarga semata-mata.
"Melayu mudah lupa itu merujuk kepada dirinya sendiri, kerana orang-orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan parti seperti kita semua, Insya-ALLAH tidak sesekali menjadi Melayu yang mudah lupa," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno 2017, di sini hari ini.
Beliau berkata, Umno parti paling berani dan demokratik dan tujuh pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas Umno pada 2009, bagi membuka ruang pemilihan teraju parti, dilaksanakan secara terbuka kepada lebih 150,000 ahli demi mempastikan Umno terus dinamik, inklusif, dan relevan sampai bila-bila.
"Berbanding DAP, yang sejak 50 tahun lalu, yang hanya dikuasai penasihat dan dinasti anak-beranak. Jadi, di mana âdemokrasiâ yang dimomok-momokkan? Ternyata sekadar pada nama sahaja. Dalam pemilihan semula CEC DAP, hanya 54 peratus saja yang hadir.
"Ini tak masuk lagi cerita âparti Bunga Rayaâ atau istilah dulu-dulu, kembang sepatu, yang diterajui bekas pucuk pimpinan Umno dan seorang bekas negarawan.
"Mudah kata, kalau nak menguruskan hal ehwal mesyuarat pun gagal, lagu mana nak uruskan negara? Cuma, bila sampai pilihan raya nanti, kalau masih belum selesai lagi hal mereka, perlembangan yang dibuat oleh mereka sendiri, janganlah nak tuding kesalahan kepada orang lain, terutamanya Kerajaan," katanya yang disambut sorakan ahli Umno yang memenuhi Dewan Merdeka.
Najib berkata, pembangkang ingin berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam, tetapi berpakat dan sedang dijadikan âperkakasâ oleh DAP yang terang-terang anti Melayu dan Islam.
"Seperti yang tercatat dalam perlembagaan DAP, langsung tidak menyebut, Islam sebagai Agama Persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.
"Parti bunga raya ini, bukan nak mengata, maaf cakaplah, kita tidak nampak di mana nilai yang cuba dibawanya," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment