Adun DAP diarah keluar Dewan

Monday, December 4, 2017

Adun DAP diarah keluar Dewan

Adun DAP diarah keluar Dewan

ISKANDAR PUTERI - Seorang wakil rakyat pembangkang diarahkan meninggalkan Dewan Negeri selepas mengganggu sesi Rundingan Perbekalan Tambahan pada Persidangan Dewan Negeri, semalam.

Ketika sesi berkenaan, Adun Mengkibol (DAP), Tan Hong Pin bangun bagi meminta penjelasan berhubung peruntukan bagi dua projek saliran air di Kahang yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mohamed Khaled bagaimanapun enggan mengulas perkara berkenaan kerana sudah memberi penjelasan mengenainya sebelum ini.

Berlaku kekecohan membabitkan wakil rakyat pembangkang dan BN apabila Hong Ping masih enggan mematuhi arahan Speaker, Tan Sri Mohamad Aziz yang mengulangi arahan supaya beliau kembali duduk di tempatnya.

Mohamad menegaskan, ia terpulang kepada Mohamed Khaled sama ada ingin menjawab atau tidak mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Hong Pin.

“Saya yang memberikan arahan di sini. Kamu perlu mematuhi arahan saya,” katanya.

Hong Pin kemudiannya diiringi keluar oleh petugas keselamatan Dewan Negeri kira-kira lima minit kemudian.

Ketika ditemui, Hong Pin berkata, beliau hanya mahukan penjelasan berhubung peruntukan projek pemindahan air mentah dari empangan Kajang ke Sembrong dan loji rawatan air Kahang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment