70 berkhatan di Hospital Melaka

Tuesday, December 5, 2017

70 berkhatan di Hospital Melaka



ANAK yatim dan pasangan kembar antara 70 kanak-kanak yang dikhatankan pada Program Khidmat Komuniti (Berkhatan) Hospital Melaka 2017 di Hospital Melaka, hari ini.

Pengarah Hospital Melaka Dr Khatijah Mohd Tan berkata, aktiviti itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial (CSR) dijalankan pihaknya.

"Peserta membabitkan anak kakitangan hospital, anak anggota bomba dan anak yatim.

"Tujuan program ini adalah untuk membentuk jaringan sosial antara agensi kerajaan dan masyarakat," katanya.

Acara dimulakan dengan mengarak peserta yang diiringi paluan kompang dan dimandikan menggunakan semburan air oleh pihak bomba sebelum mereka dikhatankan.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment