5,000 pokok cili padi, jagung muda musnah akibat banjir
TUMPAT - Kira-kira 5,000 pokok cili padi dan jagung muda milik peserta projek fertigasi musnah ditengelami banjir yang berlaku sejak 7 hari lalu di Kampung Nechang.
Mohd Khairi Mat Husien, 32, berkata, ada yang dibawa arus menyebabkan kesemua tanamannya itu seluas satu hektar musnah dalam sekelip mata.
Menurutnya, cili padi dan jagung muda yang sepatutnya dapat dipetik itu mula busuk setelah beberapa hari tenggelam dalam air.
"Yang tinggal cili padi yang busuk, pokok jagung muda tumbang berselerakan dihanyutkan air," katanya.
Mohd Khairi berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM50,000 dan ini kerugian kali kedua terpaksa ditanggungnya kerana awal Januari lalu juga ladangnya ditengelami banjir.
Menurutnya, dia tidak menyangka banjir berlaku awal sehingga tidak sempat membuat persiapan untuk memindahkan kesemua pokok cili padi dan jagung mudanya itu.
"Waktu hujan lebat pada Jumaat lalu kami ada cuba selamatkan tanaman pokok ini, petik cili yang telah masak tetapi dengan jumlah yang banyak, kami tak berdaya kerana air naik dengan cepat.
" Air pula dah mencecah paras lutut menyebabkan saya reda apabila melihat tanaman ditengelami air," katanya.
Mohd Khairi berkata, ladangnya terletak di kawasan rendah berisiko saban tahun ditengelami banjir dan berhasrat untuk menggunakan teknologi fertigasi gantung tetapi kosnya besar.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment