Dasar budaya dan warisan seni antara tonggak TN50

Monday, November 20, 2017

Dasar budaya dan warisan seni antara tonggak TN50

Dasar budaya dan warisan seni antara tonggak TN50

KOTA BHARU - Dasar budaya dan warisan seni tanah air perlu mempunyai bahagian yang jelas sebagai satu daripada tonggak Transformasi Nasional 2050 (TN50) dalam konteks membina negara bangsa, kata Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini mesti mempunyai pengkhususan hak dalam aspek pembudayaan negara.

"TN50 yang kita dukung hendaklah mempunyai roh budaya tinggi yang akan menjadi teras kepada pembinaan negara bangsa bersandarkan kepada Islam dan kemelayuan," katanya kepada pemberita pada  Program Ramah Mesra Penggiat Seni Budaya Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMK, Datuk Abdul Aziz Ab Latif.

Program berbentuk dialog itu menghimpunkan kira-kira 80 penggiat seni Kelantan dalam usaha memperkasakan budaya dan warisan di negeri ini.

UMK yang akan dijadikan platform pengembangan budaya dan warisan seni Kelantan turut menerima sumbangan dana berjumlah RM100,000 pada majlis berkenaan.

Rais berkata sumbangan itu adalah suntikan awal kepada UMK bagi tujuan menyuburkan warisan dan seni pantai timur melalui program-program yang akan dilaksanakan tahun hadapan dengan kerjasama penggiat seni tempatan.

Dalam pada itu, katanya bangsa Melayu tidak boleh mengalah dalam usaha mengukuhkan jati diri dan warisan tanah air walaupun terpaksa mendepani cabaran globalisasi dan arus teknologi moden.

Katanya usaha perlu sentiasa diteruskan termasuk memperkukuhkan sukatan pelajaran dan pendidikan negara selain pemerkasaan peranan kerajaan tempatan.

"Kita juga perlu mencontohi kegigihan bangsa lain yang membangun, bertamadun dengan mengekalkan acuan mereka sendiri," katanya.  - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment