10 tan rambutan untuk dimakan secara percuma

Thursday, November 16, 2017

10 tan rambutan untuk dimakan secara percuma

10 tan rambutan untuk dimakan secara percuma

TITI GANTONG - Seramai lebih kurang 3,000 pengunjung telah membanjiri program 'Moh Ke Ladang' anjuran bahagian Hortikultur Jabatan Pertanian Negeri Perak di ladang komersial,Kompleks Pertanian Titi Gantong di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Pertanian Pengembangan, Perundingan Pelaburan dan Industri Asas Tani negeri Perak, Mohd Zulkifli Yaacob berkata, sebanyak 10 matrik tan buah rambutan melibatkan 99 pokok telah dikutip hasilnya sempena program berkenaan.

Menurutnya, orang ramai berpeluang merasai sendiri mengutip buah rambutan di ladang selain boleh membeli beberapa produk keluaran pertanian yang lain.

"Program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama merasai mengait rambutan di mana mereka boleh makan secara percuma di sini dan jika mahu dibawa pulang ia dijual RM1.50 untuk sekilogram.

"Setiap oramg dihadkan sebanyak 10 kilogram sahaja kerana kita mahu memberi lebih peluang kepada orang ramai turut merasai rambutan ini,"katanya dalam sidang media ketika program berkenaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment