Tentera Myanmar rogol ramai wanita, gadis Rohingya

Thursday, November 16, 2017

Tentera Myanmar rogol ramai wanita, gadis Rohingya

Tentera Myanmar rogol ramai wanita, gadis Rohingya

NEW YORK: Tentera Myanmar merogol wanita dan gadis Rohingya tidak terkira jumlahnya ketika kempen tentera yang menyaksikan ratusan ribu etnik itu lari ke Bangladesh, kata Human Rights Watch (HRW) hari ini.

Kumpulan hak asasi berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu dalam laporannya berkata, keganasan seksual dan pembunuhan lain dilakukan pasukan keselamatan Myanmar bersamaan jenayah ke atas kemanusiaan.

Berdasarkan wawancara dengan mangsa rogol yang terselamat, pertubuhan bantuan dan pihak berkuasa kesihatan Bangladesh, laporan itu memperincikan apa yang digelar kes rogol beramai-ramai di mana wanita Rohingya dikumpulkan dan diserang secara seksual oleh tentera Myanmar.

"Rogol menjadi ciri utama dan memusnahkan kempen pembersihan etnik tentera Burma ke atas Rohingya.

"Tindakan keganasan kejam tentera Myanmar menyebabkan wanita dan gadis tidak terkira jumlahnya terancam dan dalam keadaan trauma," kata penyelidik HRW dan penulis laporan, Skye Wheeler.

Daripada 29 mangsa rogol yang diwawancara, kesemuanya kecuali seorang dirogol oleh dua atau lebih penjenayah. Dalam lapan kes, wanita dan gadis dilaporkan dirogol oleh lima atau lebih tentera.

Wanita menceritakan menyaksikan anak kecil mereka, pasangan dan ibu bapa dibunuh sebelum mereka sendiri dirogol.

Ramai mangsa terselamat berkata, mereka terpaksa berjalan berhari-hari dalam keadaan kesakitan dengan alat kelamin koyak dan bengkak semata-mata untuk sampai ke Bangladesh.

HRW mendokumenkan enam kes rogol beramai-ramai di mana tentera mengumpulkan wanita dalam kumpulan sebelum dipukul dan merogol mereka beramai-ramai.

Laporan memetik seorang mangsa, Mamtaz Yunis, 33, sebagai berkata, tentera mengurungnya dan 20 wanita lain di tepi bukit selepas mereka lari dari perkampungan sebelum merogol wanita terbabit di hadapan mereka.

Kumpulan hak asasi itu mewawancara 52 wanita dan gadis Rohingya termasuk 29 mangsa rogol yang terselamat, tiga daripadanya berusia bawah 18 tahun yang berasal dari 19 perkampungan di utara Rakhine.

Lebih 600,000 Muslim Rohingya lari dari negara majoriti Buddha itu sejak operasi tentera dilancarkan di Rakhine 25 Ogos lalu. -AFP



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment