Utamakan yang lebih penting selepas PRU14
MARAN - Permohonan peruntukan bagi program Mega Event Permotoran Pahang akan disemak dan dimajukan ke peringkat kewangan negeri terlebih dahulu, sebelum dapat disahkan.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata, tindakan ini susulan PRU14 dan berlakunya pelantikan jawatankuasa exco yang baharu di ini.
âSaya perlu merujuk ke bahagian kewangan negeri terlebih sebelum dapat memberikan sebarang pengesahan. Lebih-lebih lagi permohonan dibuat ketika pentadbiran terdahulu, sebelum PRU.
âPihak yang terlibat nanti bolehlah hubungi pihak kewangan negeri atau saya sendiri selepas perkara ini dirujuk. Walau bagaimanapun saya ucapkan terima kasih atas kerjasama,â katanya, ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan mengenai penganjur yang menuntut bayaran program setahun lalu.
Penganjur turut memaklumkan berjaya melaksanakan program tetapi terpaksa menanggung beban hutang
Mohd Johari memberi jaminan akan menyemak dan mendapatkan maklumat mengenai program tersebut secara menyeluruh.
Johari berkata, pihak yang membuat tuntutan itu mestilah merujuk permohonan mereka daripada beliau terlebih dahulu, khususnya mereka yang memajukan peruntukan ini kepada pentadbiran sebelum PRU14.
Menurutnya, pada masa ini terdapat beberapa permohonan sumbangan yang telah mendapat sokongan pengesahan dan kelulusan pentadbiran yang lalu, berada dalam proses penyelarasan.
Justeru katanya, semakan terperinci berkenaan status sumbangan itu akan dilaksanakan.
âKita tidak nafikan kelewatan berlaku kerana proses teknikal seperti pengesahan dan kelulusan oleh kerajaan negeri yang lalu kerana terlalu banyak permohonan yang perlu diutamakn terlebih dahulu.
âIni termasuklah permohonan seperti pesakit kronik, rumah terbakar, urusan jenazah di beberapa hospital dan pengebumian serta perkara lain.
âSemua ini perlu disegerakan sebaik mungkin. Mana-mana pihak yang berkaitan harap dapat bersabar dalam hal ini. Ini adalah semata-mata sumbangan kerajaan negeri yang prihatin terhadap permohonan yang dimajukan.
âTunggu sehingga keadaan mengizinkan dengan kekangan kewangan yang sedia ada perlu lebih berhemah dan jika tiada aral mana yang patut didahulukan, akan disegerakanâ katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment