STK kumpul tajaan iftar, sumbangan untuk keluarga miskin

Monday, May 28, 2018

STK kumpul tajaan iftar, sumbangan untuk keluarga miskin

STK kumpul tajaan iftar, sumbangan untuk keluarga miskin

KUANTAN - Sahabat Telekung Kuantan (STK) mengambil inisiatif mengumpul tajaan iftar untuk rumah anak yatim dan tahfiz sempena Ramadan.

Pengerusi STK, Che Ku Shaherawati Che Ku Jusoh,  berkata, kutipan derma dibuka pada 16 Mei dan dalam tempoh 10 hari, tajaan sudah penuh.

Menurutnya, orang ramai boleh menaja mengikut kemampuan masing-masing dan tiada jumlah tertentu ditetapkan.

“Saya tidak sangka ramai yang ingin menderma dan dalam tempoh tersebut kita berjaya mengumpul RM7,980.00

“Kebanyakan yang menderma adalah saudara terdekat dan kenalan di Facebook. Saya rasa sangat terharu dengan sumbangan yang mereka berikan,”katanya kepada Sinar Harian

Che Ku Shaherawati berkata, tahun ini lima rumah anak yatim dan tahfiz dipilih menerima tajaan ini berbanding tahun lalu iaitu empat.

Katanya, dari tahun ke tahun, program yang dilaksanakan semakin mendapatkan sambutan.

Selain membantu tempat tajaan ini mencari dana iftar, pihak pengurusan Rumah Anak Yatim dan tahfiz  yang menerima tajaan mengadakan majlis tahlil khas buat penama yang telah meninggal dan nama itu ditulis oleh penyumbang bagi pihak arwah.

“Kita juga membuka tajaan untuk dana Kit Qaseh Lebaran STK kepada keluarga miskin di sekitar Cerating.

“Harapan saya semoga usaha ini dapat terus dibuat di masa akan datang dan lebih banyak tempat dapat dibantu,”katanya.

Sebarang sumbangan boleh  disalurkan ke akaun Maybank Islamic Sahabat Telekung  Kuantan di akaun 556093238331.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment