SSP BSN 2018 tawar RM20 juta

Monday, May 28, 2018

SSP BSN 2018 tawar RM20 juta

SSP BSN 2018 tawar RM20 juta

BANK Simpanan Nasional (BSN) sedang menawarkan penyimpan hadiah berjumlah RM20 juta dalam kempen SSP BSN 2018 “Pencarian Diteruskan! 12 juta ringgit, 12 jutawan, 12 bulan”.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata, nilai ganjaran tahun ini lebih tinggi berbanding dengan RM17.7 juta yang ditawarkan pada 2017.

“Peningkatan tersebut adalah sebagai mengucapkan terima kasih kepada penyimpan setia kami, serta untuk menggalakkan rakyat Malaysia memulakan dan terus menyimpan,” katanya.

Ketua Pegawai Perniagaan Kameel Abdul Halim berkata, pihak bank akan terus memperkasakan amalan menabung di kalangan rakyat Malaysia melalui pelbagai inisiatif dan produk dengan ciri-ciri simpanan yang menguntungkan, seperti melalui Sijil Simpanan Premium BSN (SSP).

“Selaras dengan perkembangan ini, BSN juga memperkenalkan cabutan baharu dan kempen khas pada tahun ini, termasuk kempen Cabutan Istimewa bagi kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.”

“Ini mencerminkan usaha berterusan BSN untuk terus menyemai amalan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya penjawat awam,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment