Sebar Video Syafiq Kyle Kerana Balas Dendam
Satu persatu nampaknya mula didedahkan dalam kontroversi Syafiq Kyle dan video lucahnya. Terbaru individu bernama, Faizi Khairuddin melalui laman sosialnya mengakui menyebarkan video terbabit dengan niat membalas dendam.
BACA: Syafiq Kyle Minta Maaf, Merayu Padamkan Video
Dalam masa yang sama, Faizi juga mengakui beliau juga telah memuat naik paparan skrin mesej yang dihantar oleh Syafiq yang merayu kepadanya memadam video tersbeut. Pun begitu, tidak lama kemudian Faizi memadam kembali paparan skrin itu kerana dikecam.
Malah menerusi Insta story, Faizi sempat memuat naik perbualan beliau bersama seorang rakan yang bertanyakan tentang video terbabit. Dengan terbukanya, Faizi memberitahu: “Aku dah cakap jangan mencari fasal dengan aku”.
Kami juga tidak pasti apakah dendam kesumat Faizi terhadap Syafiq sehingga tegar berbuat demikian. Malah Syafiq juga sehingga sekarang masih berdiam diri mengenai kontroversi ini seolah mengiyakan situasi yang berlaku.
Apapun kami harap Shafiq dan Faizi dapat bertemu dan berbincang perkara ini dengan baik. Tidak eloklah menyebarkan aib seseorang hanya kerana ingin membalas dendam. Jadi individu didalam video terbabit benarlah Syafiq ya? (rtky/w)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment