Pemerkasaan asnaf beri manfaat
IPOH - Rata-rata golongan usahawan yang lahir daripada program pemerkasaan asnaf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk), menyifatkan program berkenaan banyak memberikan manfaat dan berjaya mengubah hidup masing-masing.
Bagi usahawan makanan, Mohamad Noornizam Mohd Ayub, 36, kesemua program berkenaan banyak membantu dirinya dalam bidang perniagaan yang diceburi.
Malah menurutnya, program dianjurkan Maipk itu juga banyak mengubah kehidupannya terutamanya dari segi pendapatan berbanding dahulu.
âProgram yang dianjurkan berjaya mengubah hidup saya. Asalnya, saya hanya kutip botol, cari surat khabar lama.
âNamun atas nasihat rakan, saya mula berniaga dan memohon bantuan modal daripada Maipk. Memang bantuan ini bantu saya untuk sampai ke tahap ini,â katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad Noornizam berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perasmian dan Penyerahan Bantuan Modal Perniagaan Usahawan Asnaf Maipk 2018 di Dewan Al-Ghazali Kompleks Islam Darul Ridzuan (KIDR), kelmarin.
Difahamkan pada program berkenaan, bantuan modal berjumlah RM820,000 diagihkan kepada 80 asnaf dari sekitar negeri.
Sementara itu, seorang lagi usahawan, Siti Salmah Mukhtar berkata, dia nekad menaiki motosikal untuk menghadiri majlis berkenaan bagi mendapatkan bantuan modal berkenaan.
Kata ibu tunggal lima anak ini lagi, bantuan modal berkenaan penting baginya untuk meneruskan perniagaan rempeyek yang diusahakannya selama ini.
âSaya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Maipk. Bantuan modal ini akan saya gunakan untuk perniagaan saya dan hasilnya bolehlah saya gunakan untuk menyara anak-anak saya,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment