Hutang negara tanggungjawab parti pemerintah: Hadi

Monday, May 28, 2018

Hutang negara tanggungjawab parti pemerintah: Hadi

Hutang negara tanggungjawab parti pemerintah: Hadi

KUALA LUMPUR - Hutang negara mesti diselesaikan kerajaan yang mentadbir pada masa itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti yang memimpin Malaysia mewarisi harta negara dan menjadi tanggungjawabnya untuk menguruskan hutang negara.

“Itu merupakan tanggungjawab kerajaan, cuma pendekatannya sahaja yang berbeza,” katanya ketika mengulas gurauan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mahu kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) melunaskan dahulu hutang negara sebelum parti Islam itu merampas pemerintahan pada PRU15.

Beliau berkata demikian ketika siaran langsung bersama Astro Awani, hari ini.

Abdul Hadi berkata, Pas yang kini mentadbir dua negeri, Kelantan dan Terengganu turut mengambil langkah untuk mengurus hutang-hutang di negeri berkenaan.

"Kita tidak boleh tentukan masa bila kita menang, bahkan kita pernah memerintah negeri-negeri yang tanggung hutang, Terengganu dan Kelantan. Jadi kita mesti uruskannya," katanya.

Menerusi video yang tular di media sosial hari ini, Mohd Amar dalam nada bergurau berkata: “Hutang banyak nak bayar macam mana? Biarlah orang lain ambil dulu, selesaikan hutang Malaysia. Lima tahun lagi kita ambil Malaysia.”

Mengulas pembongkaran pelbagai isu kontroversi seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dilakukan kerajaan baharu, Abdul Hadi berkata, semua masalah yang dihadapi negara perlu diselidiki segera.

“Semua pihak ada kesilapannya dan kita perlu mengambil tanggungjawab.

“Sebab itu Pas hanya menerima (perkara) yang positif yang BN buat, yang negatif kita usaha supaya selesaikan masalah itu,” katanya.

Ditanya sama ada Majlis Syura masih lagi relevan bagi melangkaui politik nasional, Abdul Hadi menegaskan, Pas masih memerlukan Majlis Syura untuk parti itu terus berpegang teguh dengan dasar Islam yang diperjuangkan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment