EEVOM alternatif Uber

Monday, May 28, 2018

EEVOM alternatif Uber

EEVOM alternatif Uber

PERKHIDMATAN EEVOM telah dilancarkan di Lembah Klang selepas mengadakan beberapa ujian saringan dengan sekumpulan pemandu dan penumpang terpilih sejak Ogos 2017.

Pengarah Eksekutif EEVOM, Kenny Koay berkata, sama seperti konsep tawaran Uber untuk menjual perniagaannya di Asia Tenggara kepada Grab yang kini berada di bawah pemantauan pihak kerajaan, EEVOM adalah alternatif terbaik selepas Uber untuk khidmat pemanduan dan pengangkutan awam di Lembah Klang.

"Dengan EEVOM, penumpang dapat menikmati harga perkhidmatan lebih rendah di samping menikmati ganjaran lebih besar. Malah, para pemandu dapat menyimpan 92 peratus daripada jumlah pendapatan daripada setiap perkhidmatan yang diterima.

"Para penumpang juga dapat menikmati tambang kadar rata untuk teksi yang berdaftar dengan SPAD di EEVOM.

“Kami mempunyai misi untuk menambah baik kualiti layanan diterima oleh para pemandu, di samping memastikan para penumpang menikmati perkhidmatan pengangkutan awam lebih baik.

"EEVOM hanya mengambil lapan peratus daripada setiap perkhidmatan penghantaran yang diterima oleh para pemandu, seterusnya membolehkan pemandu menyimpan sebahagian besar wang pendapatan yang mereka usahakan,” katanya salam satu kenyataan.

Jelasnya, EEVOM menghubungkan para penumpang kepada pemandu terlatih melalui aplikasi mudah alih terkemuka pada iOS dan Android yang dilengkapi pengesan GPS masa nyata pada harga muka yang para penumpang boleh jangkakan.

Malah katanya, aplikasi mudah alih percuma ini juga dapat mengendalikan maksimum 50,000 tempahan sesaat.

"Penunggang kini boleh membuat tempahan dengan mudah pada kadar segera pada aplikasi mudah alih EEVOM canggih yang mempunyai panel pemuka yang mudah untuk digunakan dan dikawal.

"EEVOM kemudiannya akan mencadangkan pilihan pemandu terlatih yang paling bersesuaian dan berada di kawasan berhampiran. Semua pemandu EEVOM merupakan para pemandu terlatih Uber yang telah disaring berdasarkan kualiti perkhidmatan terbaik yang mereka tawarkan.

"Untuk menjadikan seseorang individu itu layak menjadi pemandu EEVOM, pemandu perlu mempunyai kadar penilaian minimum Uber sebanyak 4.60 dan pada saat ini memiliki sebuah kereta paling lama keluaran 2012," katanya.

Kenny Koay berkata, aplikasi EEVOM adalah canggih di mana ia tidak dipunyai oleh mana-mana pihak ketiga yang lain.

"Ia amat istimewa bagi pamandu wanita dan penumpang wanita. Kami sangat prihatin dan mengambil serius akan keselamatan pemandu dan penumpang wanita kami.

"Justeru, pemandu wanita EEVOM boleh memilih untuk tidak mengambil penumpang lelaki terus pada aplikasi jika tidak selesa manakala penumpang wanita boleh mohon hanya untuk pemandu wanita jika hanya mahukan begitu.

"Dengan cara ini kaum wanita dapat peluang mencari pendapatan dan wanita juga lebih selela dan selamat menempah perkhidmatan EEVOM pada bila-bila masa.

"Selain mutu kualiti kemudahan dan keselamatannya, EEVOM juga menawarkan harga promosi RM55 kepada penumpang yang membuat tempahan dari KLIA/KLIA2 ke kawasan terpilih di Lembah Klang seperti Bukit Bintang, Bangsar, Brickfields, Taman Desa dan sebagainya," katanya.

Sementara itu Pegawai Operasi EEVOM, Mahendran Sukamaran berkata, semua pemandu yang mendaftar dengan EEVOM berpeluang mendapat ganjaran sehingga RM1,000 sebagai perujuk penumpang.

"Ia bukanlah sesuatu yang mandatori tetapi terserah kepada para pemandu untuk merebut tawaran tersebut,” katanya.

Aplikasi EEVOM boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store atau Google Play.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment