Bogel depan pelancong China, pondan didenda
BANGKOK - THAILAND. Tiga wanita transgender ditangkap di Pattaya awal pagi tadi selepas satu klip video memaparkan mereka berbogel di hadapan pelancong China, tular di media sosial.
Kesemua pondan terbabit berusia 30 hingga 33 tahun ditangkap sekitar 1 pagi (waktu tempatan).
Mereka mengaku individu dalam klip yang diambil sekitar tahun 2013, namun tidak menyedari ia telah disebarkan di Internet.
"Berdasarkan pengakuan mereka, klip video itu dirakam kira-kira lima tahun lalu di sebuah hotel di Pattaya Walking Street.
"Klip itu memaparkan mereka berbogel dan berposing manja bersama pelancong terbabit di atas katil," kata Inspektor Piyapong Ensarn.
Kata Piyapong lagi, mereka masing-masing didenda 5,000 baht (RM620) kerana berkelakuan tidak senonoh sebelum dibebaskan.
Tambah Piyapong, polis kini memburu dalang yang menyebarkan klip lucah tersebut dan tidak terlepas daripada tindakan undang-undang. - Bangkok Post
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment