Tertuduh, Zurina Ahmad Jundin, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias.â¨
Mengikut kertas pertuduhan, Zurin didakwa memperdaya Erhana Nur Asyatiqah Saidon dalam penawaran pakej perkahwinan oleh syarikatnya supaya menyerahkan wang pendahuluan sebanyak RM5,000 melalui sebuah akaun bank.â¨
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di alamat nombor 3, Jalan Jasa 7, Taman Mutiara Rini, Skudai di sini pada bulan Mac 2017.â¨
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.â¨
Kes itu dikendalikan Muhammad Mohd. Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.â¨
Mahkamah menetapkan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan 10 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.â¨
Tertuduh sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret Klang, Selangor pada 19 Oktober lalu dan Mahkamah Majistret di sini pada 20 November lalu atas dakwaan memperdaya pelanggannya. - UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment