UMNO2017Shahrizat harap calon wanita UMNO tidak ditempatkan di kawasan hitam

Wednesday, December 6, 2017

UMNO2017Shahrizat harap calon wanita UMNO tidak ditempatkan di kawasan hitam


Beliau berkata senarai nama calon Wanita yang dikemukakan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan, telah pun melepasi saringan yang ditetapkan.

"Saya mengingatkan, jangan kerana nak capai 30 peratus (calon wanita), calon wanita dicampak di tempat tidak selamat, itu kita tak nak.

"*tetapi saya percaya ini tidak akan berlaku. Saya sekadar mengingatkannya. Saya nak (calon) Wanita diletakkan di tempat sewajarnya," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Sebelum ini, Wanita UMNO mencadangkan supaya kepimpinan parti memilih 30 peratus calon daripada sayap itu untuk bertanding di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada PRU14.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata untuk mencari calon wanita yang berkelayakan, beliau bekerjasama dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Ketua Wanita UMNO negeri yang lebih mengenali calon dari negeri masing-masing.

Antara kriteria dipertimbangkan ialah mereka mestilah calon boleh menang dan boleh mengambil hati rakyat, katanya.

"Kita tidak pilih calon secara rambang* nak pilih calon adalah perkara yang serius. Perdana Menteri amat teliti dengan kriteria yang nak dipilih sebagai calon tetapi saya percaya calon Wanita mempunyai ciri-ciri yang presiden cari," katanya.- BERNAMA



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment