Tikam, gilis: 13 ditahan hingga kini

Thursday, December 21, 2017

Tikam, gilis: 13 ditahan hingga kini

Tikam, gilis: 13 ditahan hingga kini

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan 13 individu termasuk empat wanita bagi membantu siasatan kes pembunuhan tikam dan gilis di sebuah stesen di Taman Pelangi, Ahad lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata semalam pihaknya menahan seorang lelaki dan seorang wanita di Pulau Pinang, manakala empat lelaki dan tiga wanita lagi ditahan di Singapura dengan bantuan polis Singapura.

"Terkini pada hari ini, seramai empat lelaki ditahan di Johor oleh Pasukan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan adalah seramai 13 orang.

"Semua suspek ditahan berusia antara lingkungan 16 hingga 26 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan beberapa lagi suspek dikehendaki bagi membantu siasatan.

Terdahulu, pagi tadi Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan penahanan reman enam individu termasuk seorang wanita selama reman tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian jam 7.30 malam Ahad lalu, mangsa maut selepas disyaki ditikam sebelum dilanggar dan digilis kereta ketika mengisi angin tayar dalam kejadian pergaduhan di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi di sini.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian dada kiri.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment