Isu tukar hak milik tanah, Felda buat laporan polis

Thursday, December 21, 2017

Isu tukar hak milik tanah, Felda buat laporan polis


Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, pihaknya mendapat tahu mengenai urusan berkenaan sebaik sahaja dilantik Januari lalu.

Kata beliau, perkara tersebut telah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari lalu.

"Saya sebenarnya terpegun dan terkejut dengan urusan ini kerana Felda tidak menerima sesen pun daripada penjualan tanah tersebut.

"Kami mahu tanah itu kembali dan tidak berminat dengan wang," katanya dalam sidang akhbar di Menara Felda, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment