Tedung senduk patuk budak dua tahun

Tuesday, December 5, 2017

Tedung senduk patuk budak dua tahun



KANAK-KANAK dua tahun cedera selepas tangan kirinya dipatuk ular tedung senduk ketika sedang tidur di sebuah bilik di rumahnya di Bandar Baru Putra, Bercham di Ipoh, Perak semalam.

Kejadian jam 7.15 pagi berlaku ketika Muhammad Izz Fayat Sumardi tidur bersama ibunya di tilam di atas lantai bilik berkenaan.

Bapanya, Sumardi Chek Had, 39, berkata, dia baru pulang daripada kerja jam 7 pagi dan ketika mahu melelapkan, anak bongsu daripada empat beradik itu menangis.

“Muhammad Izz Fayat menangis dan menjerit kesakitan sebelum isteri mendapati tangan kirinya berdarah serta terdapat dua kesan patukan ular.

“Kami terus membawa Muhammad Izz Fayat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) serta menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menangkap reptilia terbabit,” katanya ditemui di HRPB hari ini.

Menurut Sumardi, sepanjang perjalanan ke hospital, Muhammad Izz Fayat menangis tanpa henti manakala tangan kirinya mula kebiru-biruan selain badannya lemah.

“Muhammad Izz Fayat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU).

“Alhamdulillah, pagi ini Muhammad Izz Fayat sudah sedar serta boleh makan dan minum seperti biasa cuma tangannya kirinya membengkak separas siku.

“Doktor juga memaklumkan paru-paru dan buah pinggang Muhammad Izz Fayat dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Sumardi, selepas kejadian itu tular di laman sosial, beberapa jirannya mengadu rumah mereka pernah dimasuki reptilia terbabit.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment