Sudah ajalnya begitu...

Thursday, December 28, 2017

Sudah ajalnya begitu...

Sudah ajalnya begitu...

DUNGUN - Seorang lelaki maut selepas terjatuh pokok kelapa setinggi kira-kira 40 meter dalam kejadian di Rantau Abang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa Mohd Fariq Fyrdaus, 30 tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari pokok kelapa yang di panjat di Taman Awam , Rantau Abang.

Mangsa dikejarkan ke Hospital menggunakan kereta dan abangnya, Yusof Harun, 47 mengesahkan mangsa menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital.

Lebih menyedihkan bapa kepada dua cahaya mata itu meninggalkan isteri yang sedang berpantang selama 29 hari.

Yusof berkata, dia reda dengan ketentuan Allah kerana sudah tertulis ajal anak bongsu dari 14 beradik itu begitu.

"Saya bergegas ke tempat kejadian dan ketika sampai dia sudah tidak sedarkan diri.

"Ketika dalam perjalanan nadinya tiba-tiba terhenti dan kami reda walaupun sedih," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment