Cekik anak sebelum bunuh diri

Thursday, December 28, 2017

Cekik anak sebelum bunuh diri

Cekik anak sebelum bunuh diri

JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah mencekik anak perempuannya berusia 10 tahun sehingga mati, sebelum menggantung diri di sebuah rumah di Taman Indah Heights 2, Skudai, dekat sini semalam.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, suri rumah, J Sumathi, 45, ditemui mati dengan kesan jerutan pada leher, manakala anak perempuannya, K Arthhinee, 10, ditemui dengan kesan cekik di bahagian leher.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai, berkata polis menerima panggilan pada jam 9.59 daripada suami mangsa bahawa ketika pulang daripada kerja, dia mendapati isteri serta anaknya tidak sedarkan diri.

"Petugas ambulans dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan mangsa meninggal kira-kira tiga jam sebelum mereka tiba, akibat jerutan pada leher dan tiada kesan jenayah terhadap si mati.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, suami mangsa bekerja, manakala dua anak mangsa berusia 16 dan 19 tahun keluar membeli peralatan sekolah di pusat beli belah di Tampoi.

"Anak mangsa ada menghubungi mangsa beberapa kali pada jam 7 malam tetapi panggilan tidak dijawab," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Eng Lai berkata, suami mangsa kemudian mengambil dua anaknya dari pusat beli belah itu dan pulang ke rumah sebelum melihat isteri tergantung di dalam bilik di tingkat bawah rumah.

"Suami mangsa terus ke tingkat atas mencari anak bongsunya dan mendapati anaknya sudah tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan cekik di leher.

"Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan merupakan pesakit kanser tahap empat dan sering mengadu sakit serta memberitahu keluarganya tidak mahu hidup lagi," katanya.

Katanya, mayat dihantar ke HSA untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, akibat mati mengejut.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment