SK Kuala Kubang sekolah angkat Karangkraf

Sunday, December 3, 2017

SK Kuala Kubang sekolah angkat Karangkraf

SK Kuala Kubang sekolah angkat Karangkraf

BESUT - Kumpulan Media Karangkraf memilih Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kubang sebagai sekolah angkat dalam usaha memupuk amalan membaca dalam kalangan murid.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, pemilihan sekolah tersebut menjadikan keseluruhan tiga sekolah rendah di daerah ini dijadikan sebagai sekolah angkat syarikat penerbitan terbesar milik bumiputera itu, termasuk SK Kuala Besut dan SK Pulau Perhentian.

“Syarikat akan menyumbang bahan bacaan di samping bantuan lain termasuk peluang memperoleh biasiswa Karangkraf untuk melanjutkan pengajian ke universiti terpilih,” katanya.

Sementara itu, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pahang pula memilih tiga sekolah sebagai sekolah angkat dalam usaha memupuk kesedaran terhadap pencegahan jenayah.

Naib Pengerusi MCPF Malaysia, Tan Sri Dr Lee Lam Thye berkata, tiga sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Putih, SMK Tengku Afzan dan SMK Pelindung.

Menurutnya, MCPF akan bertanggungjawab melaksanakan pelbagai program pencegahan jenayah membabitkan ketiga-tiga sekolah tersebut.

“Ketiga-tiga sekolah ini akan menjadi tumpuan, selain mengaktifkan Kelab Pencegahan Jenayah. Ini kali pertama MCPF membuat program sekolah angkat. Kita harap dapat dilaksanakan di negeri lain juga,” katanya kepada media selepas Larian Anti Keganasan SMK Tanah Putih anjuran MCPF Pahang, di Jabi, di sini, semalam.

Murid cemerlang UPSR, Ahmad Fawwal Suffi menerima keputusan daripada Nawiah.

Hadir melepaskan peserta larian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir, Pengerusi MCPF Pahang, Datuk Seri Johny Ch’ng Ewe Gee dan Pengetua SMK Tanah Putih, Chan Kok Wai.

Lam Thye berkata, usaha MCPF Pahang anjurkan acara larian anti keganasan amat baik terutama untuk memberi kesedaran awal kepada pelajar.

Menurutnya, pencegahan jenayah dan anti keganasan harus ditangani semua pihak secara bijak.

Katanya lagi, sehingga ini terdapat 5,400 kelab pencegahan jenayah di seluruh negara dan berharap ia bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti.

Sementara itu, Johny Ch’ng berkata, pihaknya akan mengatur pelbagai program untuk ketiga-tiga sekolah angkat dalam masa terdekat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment