Sinar Harian Perak diiktiraf terbaik
IPOH - Sinar Harian Edisi Perak diiktiraf sebagai Media Terbaik dalam Anugerah Media Terbaik sempena musim durian Kampung Gajah 2017, malam ini.
Kemenangan itu membolehkan akhbar komuniti ini membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil dan trofi.
Dua wartawan daerah Sinar Harian Perak pula masing-masing membawa wang tunai RM500, sijil dan trofi melalui kategori viral berita terbaik dan ulasan akhbar terbaik.
Wartawan Hilir Perak, Mohamad Hafizi Mohd Said, 27, mengungguli viral berita terbaik menerusi berita Sinar TV- Durian paduka, terbaik kome wei.
Sementara wartawan Perak Tengah, Siti Safa Mohd Nor, 32, menerusi laporan khas bertajuk 'Limpahan rezeki durian kampung' yang diterbitkan pada 14 November lepas.
Hadiah disampaikan Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Thailand, Supanat Sirantawineti sempena Majlis Makan Malam Jalinan Muhibbah Kelab Media Kedamaian Selatan Thailand dan Media Utara Malaysia (Perak).
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment