Senyum dalam tangis
MERAWAT bayi terkulai dan orang tua yang hanya menanti ajal, bertemu pesakit cirit-birit, kudis bernanah dan pelbagai lagi adalah rutin biasa kakitangan perubatandi Kem Balukhali.
Mereka terpaksa bekerja dan berusaha dengan peralatan terhad, di bawah khemah beratapkan lalang kering dan buluh serta berlantaikan tanah merah.
Namun paling penting bagi empat doktor dari Mercy Malaysia, adalah menyelamatkan nyawa pesakit, merujuk kes pelarian di Kem Balukhali di Ukhiya ke Hospital Coxâs Bazar, lebih 50 kilometer dari situ.
Jumlah pesakit juga bukan sedikit tetapi lebih 20,000 . Purata seorang doktor merawat 40 hingga 50 pesakit sehari. Jika empat doktor, lebih 200 pesakit.
Dr T Sockalingam, Dr Aini Fahriza Ahmad, Dr Asliza Ayub, Dr Nadirah Babji dan Penyelaras Program Mercy Malaysia, Muhammad Abdullah Abd Wahab Ishari adalah âunsung heroâ yang wajar diberikan pujian.
Bukan kerana tugas mereka di kem pelarian ini, tetapi keikhlasan melakukan tugas sama di kem pelarian di seluruh dunia.
Mereka menjadi saksi penderitaan pelarian , mendengar rengekan anak-anak kecil yang merintih kesakitan minta dirawat, tak kurang juga yang dipaksa ke hospital.
Dr T Sockalingam ada meja khasnya bersama longgokan ubat, Dr Aini Fahriza dan Dr Asliza duduk bersebelahan meja di satu ruang, Dr Nadirah pula sibuk mengatur pesakit mengikut giliran.
âTunggu doktor panggil, duduk sini, jangan berebut,â katanya dalam bahasa Melayu berhampiran meja pendaftaran.
Pelarian yang datang hanya angguk kepala. Jurubahasa pula adakala terkedu sebelum Dr Nadira bercakap semula dalam bahasa Inggeris.
Namun, di sebalik semua itu, Mercy Malaysia yang bertanggungjawab menyusun atur pergerakan doktor-doktor ini.
Muhammad Abdullah berkata, Mercy Malaysia antara NGO yang turut serta menjayakan program SINAR4ROHINGYA, kelolaan akhbar Sinar Harian ditempatkan di kem pelarian Balukhali dan Kutupalong.
âKita ada dua doktor, dua pembantu perubatan dan dua jurubahasa, mula bekerja jam 10 pagi hingga 3 petang, enam hari seminggu dan dana yang kami terima daripada SINAR4ROHINGYA boleh menampung rawatan 2,000 pesakit sebulan.
âSehingga kini bantuan sentiasa diperlukan kerana jumlah pelarian yang masuk ke kem ini makin bertambah.
"Bantuan yang amat diperlukan ialah ubat dan kita juga akan melatih doktor tempatan supaya mengikut piawaian antarabangsa,â katanya.
Dua minggu lalu, wakil Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ke Bangladesh, Dr Paranietharan berkata, wabak difteria kini tersebar dengan cepat dalam kalangan pelarian. Lebih 110 kes disyaki, termasuk enam kematian, didiagnosis secara klinikal oleh Médecins Sans Frontières (MSF) dan Persekutuan Palang Merah Antarabangsa (IFRC).
Perkara itu diakui Dr Asliza yang turut memberitahu kes paling banyak adalah batuk, sakit kulit, kecacingan.
âBila saya rawat pesakit, saya nak tolong mereka sedaya upaya tetapi tak mampu sebab jumlah mereka terlalu ramai.
"Saya tak berpeluang memulihkan trauma mereka, lihat jiran dan ahli keluarga dibunuh depan mata dan bila mereka ceritakan kepada saya, ia amat sedih,â katanya.
Dr Aini Fahriza turut berkongsi kesedihan kerana baginya, setiap pesakit berhak menerima rawatan.
âKita akan bantu mereka semampu yang boleh dan rawat mereka," katanya.
Berlainan pula dengan Dr Nadirah kerana pengalaman bertugas di negara pelarian lain bersama NGO antarabangsa menjadikan kerjanya lebih mudah.
âKat sini Mercy amat teratur dan masalah timbul bila kita berdepan pesakit kanak-kanak yang tak tau ibu bapa mereka," katanya.
Dr T Sockalingam pula berkata, berkhidmat bersama Mercy Malaysia adalah satu penghormatan buat dirinya dan sedia melakukannya pada bila-bila masa untuk misi lain.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment